ari nie 13/01/2013, aku dapat si comel 2 ekor utk teman aku main2...
wahhh sronok sngt2..
si comel tu ialah hamster
aku namakn die si gebu n si bubu
sronok sngt2 aku dpt maun2 ngn diaorg arie ni...
awal2 pg lg, aku dh siap2 kuar tuk beli barang2 si comel nie..
brg2 y aku beli
1) sangkar : RM35
2) makanan si comel : RM3.50
3) mangkuk : RM 5.50
4) bekas air : RM 3.50
5) habuk kayu : RM 10
6) vitamin : RM7.50
6) syampu : RM 7.50
bajet semua RM72.50
aku nk kongsi skit ttg langkah2 penjaggan si comel nie...
1-sangkar/cage
mestilah bersesuaian dengan jumlah hamster yang anda ingin bela. Harga sangkar adalah berbeza mengikut saiznya. Anda boleh dapatkan sangkar hamster di pet store berdekatan dengan anda. Sangkar yang lebih kecil sesuai untuk jumlah hamster yang sedikit manakala sangkar yang besar sesuai untuk jumlah hamster yang lebih banyak. Elakkan membeli sangkar yang mempunyai laci pada bahagian bawahnya kerana apabila hamster membuang air kecil, ia mungkin akan keluar melalui laci tersebut.Elakkan membela hamster anda didalam akuarium kerana pengudaraanya yang tidak baik dan menyebabkan bau busuk berlaku dgn cepat
2-Bekas air
untuk bekas air hamster pula adalah lebih sesuai untuk anda gunakan dari jenis gantung (botol air) seperti gambar dibawah ini ;Ini adalah kerana air di dalam botol tidak akan terkeluar dan menyebabkan kebasahan pada bedding hamster anda berbanding bekas air yang terdedah di dalam sangkar. Selain itu ia juga memudahkan anda untuk menukar ganti sekiranya air di dalamnya habis atau kurang. Botol air ini juga terdapat dalam berbagai saiz.
3-Bedding
untuk bedding pula, selok-eloknya pilihlah bedding yang lembut dan anti-bacteria. Bedding boleh didapatkan dalam pelbagai jenama. untuk anda yang selalu sibuk adalah baik untuk anda membeli bedding yang mempunyai haruman, ini kerana ia mampu untuk bertahan lebih lama dari berbau busuk. tukar bedding hamster anda 2 kali seminggu atau sekiranya perlu.
4-perlatan lain
Hamster adalah haiwan kecil yang selalu gembira. jadi anda perlulah menyediakan sebuah taman mini untuk hamster anda sebagai tempat permaina buatnya. antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak)
rumah hamster aku lom btul2 lengkap lg..
insyaAllah, ada rezeki aku nk lengkapkn umah si comel nie agar nmpak lg cantik
agar diaorg sronok main2 mcm umah nie... bestnye, pstu aku nk beli bola spya mreka leh bergolek2 dlm bola tue.. heeeee