sELamaT bERPuaSa.....


saLam RamadHan aL-Mubarak.....
pejam celik pejam celik kita dh sampai ke bln ramadhan sekali laGi...
seLamaT Datang BulaN yg Mulia....
hati ni sngt berkobar2 nk myambut bulan y mulia ni... dh 26 tahun aku melaluinya... alhamdulillah...
harapan aku pada bulan y mulia ni agar aku dan juga keluargaku serta kawan2ku dilimpahi dgn rahmat dariNya... amin....

buat teman2 jgn tinggal2 puasa taw kecuali ada pgecualian. hehehe....

apa2 pn aku nk mgucapkan selamat menjalani ibadah puasa dgn seikhlas hati.......

habis puasa kita raye lak..... huhuhuhu.....

POOH vs BANTAL BUSUK



lalallala.... ni adalah pooh y bucuk y sntiasa dijadikn teman tdo oleh seseorang.... comot  kan??? klu xde pooh ni, tuan puan bdan blh demam, xleh tdo mlm menangis2 nk pooh die... kitaorg pnah sorokkan pooh ni, hasinya, kita org kena bg balik sbb tuan dia dh melalak2 xleh tdo.. kesian... walaupn pooh ni comot y teramat sngt tp nilah pooh yang paling disayangi... bkn stakah bdak ni je y ska cium, abang, akak, mak sdara dia pn ska cium pooh y bucuk +comot nie... 

tp ari tu pooh ni telah bi blend2 oleh mesin basuh... hasilnye pooh ni dh cntik n then berbau wangi.... mkin ramai plak org nk cium pooh ni....


nk taw sape tuan pya pooh nie... nie orgnya.... budak ppuan y berusia 7 tahun, y perasan dianye comel + lawa... lalallalalal


sELamaT paGi sEmua...


Slmt pagi semua.... Sejuk2 pagi ni bumi disirami dgn air huja.. Tapi... Cmne ek aku nk g keje. Mklumlh g keje naik moto je... Nk pkai krete lum ckup mampu.. Tp insyaAllah bkal myusur thun dpan.. Hehehe... ermmm lngt gelap je... Ujn dr smlm x bhnti lg...ada ini satu petanda....BANJIR.....

hobi....


ari ni d tmpat keje aku telah d tegur oleh seseorang.... dia btanya kpd aku.....

"saya lihat kau ni asyik dgn msg je... pagi msg, ptg msg... smpai keje dk msg, dk bt keje pn sbuk msg... ni naik tangga pn duk msg jgk.... apeler...."

aku pn menjwb balik...

"nak bt cmne... dh hobi saya suka msg.. jd sy msg lh.... hehehe"







motif crite : saje2 je.... jgn mara....

belajar loghat klate




Ari ni aku ingin berkongsi dgn ko orang semua tentang beberapa perkataan yang berasal dari negeri aku iaitu negeri Kelantan Che Siti Wan Kembang...

Ada orang ckp bhs kelntn merupakn 1 bhs y amat sukar untuk di fahami.. betul ke??? bg aku xde susah sngt untuk belajar dn memahami bahasa ibunda ku ini.... bila kita faham sesuatu makna bagi setiap loghat negeri itu, pasti kita akn seronok sngt krn dpt belajar sesuatu pkataan y baru, sma spt belajar bhs inggeris. 

biasanya bagi bahasa baku y berakhir dengan pkataan "n" "m" seperti contoh makan, dalam loghat keltn perkataan "n" "m" akan dibuang, manakala pkataan "a" akn ditukar mjadi 'e"

makan = make
kenyang = kenye

bagi perkataan y berakhir dgn "a" pula, biasanya dlm loghat kltn "a" akn ditukar kpada "o"
saya = sayo
muka = muko

ada juga beberapa perkataan yang mempunyaai makna yang berbeza dari perkataan asal seperti :
agah = sombong
brunga = berlari

kt sini, aku selitkn beberapa perkataan kelantan y boleh korang belajar dn praktikkan... SELAMAT BERJAYA YE.....

Bahasa Melayu Piawai Bahasa Melayu Kelantan
Jangan Jange
Ayam Aye
Pisang Pise
Buka Buko
Bukan Buke
Tidak Mahu Tok Se
Tidak Kisah Tok caro
Selalu Sokmo


1. Agah = sombong

2. Aloh la = mengeluh

3. Bekok = bergurau

4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin

5. Bera = lari bertempiaran

6. Beso = biasa

7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak

8. Blana-kokna = terlalu banyak

9. Blarok = berarak semasa majlis kawin

10. Bleber = berleter

11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit

12. Blikat = bahagian belakang badan

13. Bojen = fesyen atau style rambut

14. Borak = semakin parah-sakit

15. Brehi = menyukai atau minat

16. Brembah = bergaduh- utk haiwan

17. Brona = membuat perangai-menangis

18. Brunga = berlari

19. Cakduh = mereka yg kurang kemas

20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2

21. Cedung = bersawah

22. Cekak = larat

23. Cetong = gayung

24. Cok = cangkul

25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain

26. Cokoh = duduk

27. Colek = pencicah

28. Come-lote = terlalu cantik

29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)

30. Derak = keluar bersiar-siar

31. Dumoh = rumah

32. Ejas = memikat

33. Gege = bising

34. Glecoh = tergelincir

35. Glegaa = lantai

36. Gorek = pengasah pensel

37. Grentok = jambatan

38. Gubak = kedudukan yg terakhir

39. Hambak = mengejar

40. Hudoh-banga = sangat hodoh

41. Igak = tangkap

42. Itee-lege = terlalu hitam

43. Jelo = terlebih

44. Jenero = tertido

45. Jerik = menangis

46. Jet = perbuatan menendang

47. Jolo = betul

48. Jula = dahan pokok

49. Kalar = pensel warna

50. Kale = pensel

51. Kekoh = gigit

52. Kelik = balik

53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat

54. Kerah-kejun = kaku

55. Khenak = membuat jahat

56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)

57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa

58. Kube-lembe = berselerak

59. Kuca-bara = berselerak

60. Kura = menconteng

61. Lak’eh = tidak bermaya

62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)

63. Manis-letin = amat manis

64. Masem-purik = amat masam

65. Masin-perak = amat masin

66. Meroh-mere = merah padam

67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang

68. Meta = sekejap

69. Mokte = rambutan

70. Mongek = pembonceng motosikal

71. Mulo = masa lampau

72. Nacar = terlajak

73. Ngelik = mengelak dari sesuatu

74. Ngenkok = menyenkeh

75. Ngolek = gelecek bola

76. Nyetok = kejang

77. Pahit-lepe = terlalu pahit

78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)

79. Parok = parah

80. Pekong = membaling sesuatu

81. Perik = serik

82. Pitih = duit

83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar

84. Puteh-lepuk = amat putih

85. Ralik = berkhayal atau mengelamun

86. Rekngan-napun =ringan sangat

87. Repih = mematahkan

88. Royak = beritahu

89. Samah = 50 sen

90. Sengoti = betul-betul(tidak tipu)

91. Sokmo = selalu

92. Suloh = dahi yg luas

93. Sumbak = tertekan

94. Tawa-leba = tawar

95. Tebolah = cuai

96. Tiok = menangis

97. Tok rok = tidak larat

98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju

99. Tubik = keluar

100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising


1 murid 1 sukan (1 M 1 S)




kementerian pelajaran telah melancarkan satu program y dinamakan "1 murid 1 sukan (1 M 1 S)" bertujuan untuk  melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam pelbagai aktiviti selain mengenali pasti tahap keupayaan murid untuk bimbingan secara sistematik

Kementerian telah menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik, memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada, mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.

Tujuan :

1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
objektif :

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Konsep Dasar 1 M 1S  diwujudkan agar dapat:

1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
prinsip :

1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.


Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.
3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.

Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:

1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.


Copyright 2009 ^^ LaKaRaN kEHiDupaN (^_^) ^^. All rights reserved.
Bread Machine Reviews | watch free movies online by Blogger Templates