kementerian pelajaran telah melancarkan satu program y dinamakan
"1 murid 1 sukan (1 M 1 S)" bertujuan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). program ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam pelbagai aktiviti selain mengenali pasti tahap keupayaan murid untuk bimbingan secara sistematik
Kementerian telah menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan
dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik,
memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada,
mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan
aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun.
Tujuan :
1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
objektif :
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan agar dapat:
1.
Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada
penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif.
2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
prinsip :
1.
Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami
masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam
sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk
Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1
hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid
Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan
kemampuan sekolah.
2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan
mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang
dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.
3.
Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata
pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.
4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan.
5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.
6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.
7.
Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan
peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan
lagi penyertaan aktif setiap murid.
Bagi memenuhi prinsip-prinsip
pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam
melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada.
Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan
berikut:
1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan
mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di
bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah
berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
2.
Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada
aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah
yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi
aktiviti teras sukan di sekolah.
3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah.
Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
1. Kehadiran;
2. Jawatan Serta Sumbangan;
3. Penglibatan; dan
4. Pencapaian.